Apa yang diceritakan setakat ini boleh dibaca
dengan lebih terperinci dalam buku
"Rich Dad Poor Dad" hasil nukilan Robert
Kiyosaki. Beliau membahagikan cara menjana
pendapatan kepada 4 kuadran.Beliau
menyarankan jika kita ingin
membebaskan diri dari belenggu kewangan
sepenuhnya, kenalah mula bergerak ke Kuadran 3 Perniagaan atau
Kuadran 4 Pelaburan. Kuadran 4 dianggap terbaik kerana di
sinilah wang membuat wang berlaku
tanpa sebarang usaha dari pelabur kecuali pemantauan berkala. Jadi
sekiranya anda berada
dalam Kuadran 1 Makan Gaji berusahalah untuk bergerak secara
beransur-ansur ke Kuadran 2 atau Kuadran
3. Tidak mustahil sebenarnya
untuk seorang itu bergerak dari Kuadran 1 ke Kuadran 4 jika dia berjimat cermat
atau kenaikan gajinya setanding
dengan inflasi.
Berapa peratuskah hasil pendapatan
anda sekarang pasif? Mulakan bertukar
Kuadran daripada aktif kepada pasif.
Ini
akan memberikan lebih banyak masa
untuk anda melakukan apa
yang anda suka ketika waktu yang
anda mahukan. Jangan korbankan pendapatan sekarang,cuba satu
punca pendapatan pasif setiap tahun.
Berikut
adalah beberapa jenis punca
pendapatan pasif yang boleh anda buat
kajian:
•
Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau
tahunan
•
Pemilik hartanah yang menyewakan rumah
atau tanah
•
Penulis yang menerima royalti daripada buku
tulisan mereka
•
Usahawan yang mendapat keuntungan
bisnes
•
Agen insurans
yang mendapat pendapatan
sampingan
•
Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
•
Ahli jualan langsung yang menerima
komisen bulanan