|
Aliran
Pendapatan Berganda
Apakah sebenarnya
rahsia si kaya?
Apakah persamaan
yang terdapat pada
mereka yang kaya raya? Apakah strategi mereka dalam
menambahkan pendapatan
mereka?
Jawapannya ialah aliran pendapatan
yang berganda
atau bak kata orang putih,
"multiple streams of income."
Aliran pendapatan berganda bermaksud
untuk tidak
bergantung kepada hanya
satu punca pendapatan sahaja. Sekiranya
anda mempunyai satu
punca pendapatan
sahaja, apakah akan terjadi sekiranya punca
pendapatan tersebut terhenti?
Sebagai contoh, sekiranya anda sedang
bekerja dengan satu syarikat, dan oleh sebab
yang tidak dapat
dielakkan, syarikat tersebut
terpaksa memberhentikan
anda. Apakah akan
terjadi dengan aliran pendapatan anda? Sudan tentunya
pendapatan anda akan turut terhenti.
Bayangkan sekiranya ini terjadi kepada
anda. Sekiranya anda bekerja makan gaji, atau
menjalankan satu jenis perniagaan, apa akan
terjadi sekiranya pendapatan anda daripada satu punca
tersebut terhenti? Berapa bulan anda dapat menampung kos
kehidupan anda
dengan simpanan yang sedia ada?
Bagi kebanyakan orang, sekiranya kita lihat
senario ini,
jawapannya amat mengejutkan.
Mungkin wang simpanan
yang kita ada hanya dapat menampung kurang dari tiga
bulan kos
kehidupan kita.
Aliran pendapatan berganda adalah apabila anda
mempunyai pelbagai punca pendapatan.
Singki yang Punyai 4 Pili
Bayangkan sebuah singki yang mempunyai
satu pili. Sekiranya anda membuka pili tersebut pada arus
yang deras, oleh kerana lubang
aliran keluar di dasar singki tersebut, air akan tetap
keluar, dan singki tidak dapat dipenuhi.
Sebaliknya, bayangkan anda mempunyai
singki yang mempunyai 4 pili. Sekiranya
keempat-empat pili tersebut dibuka dengan
deras, walaupun terdapat
lubang aliran keluar di singki itu, lama kelamaan,
singki itu akan dipenuhi air sehingga melimpah-limpah.
Diibaratkan setiap pili tersebut adalah
punca pendapatan
anda. Air yang
mengalir adalah wang dan lubang di dasar singki itu
adalah
perbelanjaan anda.
Bagaimanakah caranya untuk menambahkan wang
anda? Adakah dengan hanya bergantung kepada satu pili sahaja?
Ataupun
menggunakan 4 pili supaya mendapat pendapatan yang
berlimpah-limpah?
Aliran pendapatan yang berganda diamalkan
oleh ramai golongan yang kaya. Mereka
tidak hanya
bergantung kepada satu punca
pendapatan. Usahawan
yang berjaya tidak bergantung hanya kepada satu perniagaan
sahaja, malah mereka memulakan beberapa jenis perniagaan
untuk menghasilkan untung
yang berganda.
Sebagai tambahan, untung dari perniagaan
pula
dilaburkan untuk mendapat pulangan pelaburan. Ini
menambahkan lagi aliran pendapatan.
Apabila melabur, bukan sahaja pada
satu akaun pelaburan, tetapi, melabur pula
pada beberapa akaun pelaburan untuk memastikan untung atau rugi
disebarkan. Aliran
pendapatan juga turut berganda dengan
pelbagai akaun pelaburan
yang dimulakan.
|